Thursday, November 12, 2009

Layakkah bergelar Hajjah?


Menunaikan Rukun Islam kelima adalah menjadi cita-cita~ku sejak dulu laie...Ialah, aku masih belum berkemampuan untuk pergi dan menjejakkan kaki ke MasjidilHaram... duit pun tak cukup laie...kene kumpul dlu...la nie baru ade berape posen jer... Akue teringin untuk merasai ketenangan di sana... berdoa dan terus berdoa memohon petunjuk Tuhan supaya tidak dipalingkan akue kepada kemungkaran...
Orang kata, bila sampai disana, kita akan rasa begitu sayu...begitu ramai manusia tidak mengira latar belakang pangkat dan harta, apatah laie perbedaan warna kulit- semuanya berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah itu... Mereka kata, ujian juga akan tiba disitu juga dan kata mereka lagi, hati akan menjadi lebih tenang meskipun ramai orang disana...ohhh, benarkah begitu???

Tapi, akue begitu sedih, dan akue hampir menjadi takut...Akue begitu tidak sabar untuk mengerjakan haji tetapi sebenarnya adakah akue cukup kuat untuk melalui dugaan dan rintangan...apatah laie sekiranya selepas mengerjakan haji nanti...
Adakah akue akan memperolehi haji yang mabrur...atau sekadar menunaikan rukun kelima dan kembaLi kepada perangai asalku? atau...akue menjadi semakin jahiL? astagfirullah...

Jika dilihat pada segelintir orang yang berkemampuan untuk ke sana, terlalu takut jadinya...artis umpamanya. Mereka mungkin adalah idoLa dan pujaan antara ribuan peminatnya. Menjadi ikon dan sering menjadi perhatian dan contoh kepada peminat-peminatnya. Tapi apakah mereka tidak sedar dan tahu yang mengerti yang mereka adalah 'public figure'? Bagaimanakah perasaan mereka, pabila peminat tahu mereka mengerjakan haji, dan peminat begitu amat berharap supaya ada sesuatu perubahan yang boleh mereka bawa dan tunjukkan, dan mungkin kita boleh kata bahawa Allah s.w.t telah membuka pintu hati, membuka jalan kepada mereka untuk menjadi lebih baik... Tapi apakah yang berlaku apabila kita melihat mereka pulang ke tanah air? Kadangkala akue menjadi sedih. Seolah-olah mereka tidak diberi hidayah. Akue juga berfikir, mungkin juga duit yang dibawa untuk dibelanja bagi mengerjakan ibadah yang dituntut itu adalah dari sumber yang tidak halal?
Ada juga yang terus-terusan berubah. Malah menjadi lebih teruk. Mengapa begitu?


Apabila melihat segelintir lagi yang begitu tenang hatinya, akue menjadi berani dan tidak sabar2 untuk ke sana. Malah yang pergi hanya mahu ke sana lagi sekiranya berkemampuan lagi untuk ke sana. Alhamdulillah.
Namun, bagiku...ia semua berpunca dari hati. Pokok Pangkalnya adalah dari hati...
Sekiranya hati benar-benar niatnya mahu berubah, seteruk manapun, sejahil manapun, pasti akan berubah jua...
Tetapi jika nawaitu sudah pesong sejak awal, hanya mahu bergelar 'HAJJAH' dipangkal nama, atau hanya kerana kepentingan, maka sudah tentulah hasilnya sama. Jadi, setelah pulang, adakah kita layak digelar Hajjah???

0 comments:

Post a Comment